Category: Rencana
-
Peluang terakhir bentuk kerajaan Melayu-Islam ada di tangan UMNO
ESOK hari yang penting untuk Malaysia. Ia akan menentukan siapakah kerajaan baharu dan siapakah pula Perdana Menteri yang baharu. Surat akuan sokongan oleh 220 ahli Parlimen akan menjadi penentu sama ada krisis politik akan berakhir atau terus bergelut dengan perebutan kuasa yang tidak berkesudahan. Dan hari ini, kita menyaksikan bagaimana dahsyatnya ‘perang saraf’ pertarungan mencari…
-
Semua kerana nafsu politik beberapa individu yang tak dapat dibendung – Chandra Muzaffar
KEMELUT politik yang tak berkesudahan sehingga hari ini adalah berpunca daripada beberapa individu yang tidak dapat membendung nafsu besar politik mereka. Demikian pendapat disuarakan Dr. Chandra Muzaffar yang memerhatikan senario politik negara dan merumuskan, beberapa individu ini terlalu menginginkan jawatan Perdana Menteri. Mereka juga mahu meloloskan diri daripada berdepan pengadilan susulan deretan pertuduhan jenayah yang…
-
Hormati kuasa Agong isu peletakan, pelantikan jawatan PM
SEKALI lagi institusi beraja menjadi perhatian umum apabila Yang di-Pertuan Agong memperkenan peletakan jawatan Perdana Menteri dan Jemaah Menteri. Perkenan Yang di-Pertuan Agong ini adalah kerana sudah diakui Perdana Menteri bahawa beliau sudah tidak lagi mempunyai kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat. Keadaan ini bertepatan dengan perkara 43(4) Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan bahawa Perdana Menteri hendaklah…
-
‘Kenapa beria-ia jatuhkan Muhyiddin?’
KENAPA segenap pihak bergabung menyerang Tan Sri Muhyiddin Yassin (TSMY) ketika ini? Adakah kerana TSMY gagal? Tidak, TSMY sebenarnya telah berjaya dan hasil kejayaan itu akan mula dirasai dan dinikmati menjelang Oktober apabila sasaran imuniti kelompok tercapai. Apabila sasaran itu tercapai, Covid-19 dapat dikawal. Tentu kita semua telah mendengar penjelasan Ketua Pengarah Kesihatan 13 Ogos…
-
Zahid perlu berjiwa besar dan letak jawatan Presiden UMNO
Oleh AHLI UMNO SEUMUR HIDUP SUHU politik negara terus panas menggelegak dengan pelbagai situasi dan ketidaktentuan. Paling menarik perhatian ramai, apabila Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pada 3 Ogos lalu mengumumkan parti itu menarik sokongan kepada Kerajaan Perikatan Nasional (PN). Susulan itu, sebahagian Ahli Parlimen UMNO dan Barisan Nasional (BN) mengambil ketetapan sendiri…
-
[VIDEO] Kenapa sibuk rebut jawatan ketika bencana alam? – Nordin Kardi
“Hanya Muhyiddin yang ada pengalaman menghadapi Covid, bukan Najib, bukan Abdullah, bukan Mahathir dan bukan bakal pengganti Muhyiddin yang belum diturunkan ke bumi. Muhyiddin saja seorang yang sudah sakit, pening, muntah, pengsan lalui lebih setahun susah senang mengurus COVID 19. Yang lain hanya tukang komen dan tukang kondem.” BAHAWASANYA saya berterima kasih sangat kepada beberapa…
-
Selamatkan negara, henti gerakan jatuhkan pemimpin
MALAYSIA sedang bergelut dalam satu krisis politik yang tidak perlu. Ia adalah krisis yang dapat diselesaikan dengan segera jika semua ahli politik di dalam dan di luar Parlimen mematuhi moratorium perebutan dan menjatuhkan untuk mendapatkan kuasa politik. Sebaliknya, mereka semua harus menumpukan perhatian terhadap krisis utama negara iaitu kesihatan dan ekonomi. Politik yang bertujuan untuk…
-
Kenapa Menteri perlu ada dalam MPM?
ADA pihak yang mencadangkan supaya Majlis Pemulihan Negara (MPN) hanya dianggotai oleh kumpulan professional. Ahli politik tak boleh jadi ahli. Saya nak jelaskan sedikit bagaimana sistem kerajaan berfungsi. Ahli politik yang menganggotai MPN adalah atas kapasiti mereka sebagai Menteri. Bukan Ketua Bahagian atau Ketua Cawangan parti politik. Kenapa mereka mesti ada di situ? Sebab merekalah…
-
Pembatalan Ordinan-Ordinan Darurat 2021: Salah faham mengenai bertindak atas nasihat
Mengikut Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan, ada tiga cara ordinan-ordinan yang dimasyhurkan oleh KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong (Yang di-Pertuan Agong) pada masa proklamasi darurat sedang berkuat kuasa, akan terhenti berkuat kuasa: 1. Apabila ia dibatalkan (revoked) di bawah Fasal (3).2. Apabila ia diungkaikan (annulled) di bawah Fasal (3);3. Apabila ia luput (lapses) di…
-
Henti jaja nama rakyat ‘halalkan’ tindakan untuk rebut kuasa
Pengumuman UMNO melalui Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi untuk menarik sokongan kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN) mencetuskan satu lagi krisis politik tanah air yang hebat. Ia boleh dianggap kemuncak kepada pendirian UMNO terhadap kerajaan PN yang sebelum ini hanya tertumpu kepada soal jawatan Perdana Menteri. Tindakan ini menimbulkan banyak persoalan, terutama mengenai keabsahan…