[VIDEO] Selepas ‘MOU Ismail Sabri’, Anwar tidak lagi rasa terhina…

0
335

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini menyifatkan tawaran persefahaman rentas parti oleh Tan Sri Munyiddin Yassin ketika beliau menjadi Perdana Menteri bagi membolehkan Kerajaan Perikatan Nasional meneruskan usaha menangani pandemik Covid-19 sebagai satu penghinaan besar kepadanya dan kepada parti-parti pembangkang.

Beliau dan sekutu Pakatan Harapan yang lain seperti Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan Lim Kit Siang menolak mentah-mentah tawaran tersebut tanpa sempat dibawa ke meja perundingan.

Ketika menolak tawaran Muhyiddin, Anwar dengan tegas berkata: “Tak pernah saya sebut. Tak pernah saya minta. Tak pernah saya fikir pun munasabah untuk dalam keadaan pandemik, ekonomi yang meleset ini mahu dapat RM40,000, RM50,000 gaji tambahan dan kemudahan setaraf menteri kanan.

“Saya tidak langsung berfikir ini wajar dan munasabah. Takkanlah ini boleh dibuai. Bagi saya satu penghinaan, orang nak dapat RM50, RM100 tambahan sebulan untuk cari nafkah anak-anak pun susah, kamu pelawa ketua pembangkang RM40,000, RM50,000 sebulan tambahan dengan segala status dan sebagainya.”

Bagaimanapun semalam, Anwar mengenepikan segala ‘perasaan terhina’ itu dan menerima dengan hati terbuka tawaran yang sama daripada kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Lebih mengejutkan Anwar, Guan Eng, Kit Siang dan sekutunya yang lain menerima tawaran ini dengan gembira dan tangan terbuka daripada seorang pemimpin UMNO- sebuah parti yang selama ini dicanang oleh Pakatan Harapan sebagai parti yang penuh dengan kejahatan kerana bergelumang dengan rasuah dan salah guna kuasa.

Tindakan ini amat mengejutkan para penyokong Pakatan Harapan dan mereka tidak dapat menerima perilaku Anwar yang sanggup menggadai prinsip perjuangan PH hanya kerana terpesona dengan tawaran-tawaran tersebut lebih-lebih lagi yang memberikan kedudukan Ketua Pembangkang setaraf menteri Kabinet.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here