[VIDEO] Apa sebenarnya yang Guan Eng mahu?

0
318

DAP sememangnya tidak pernah senang dengan PAS. Mereka mahu menggambarkan PAS sebagai sebuah gerakan politik yang ekstrem yang kononnya tidak toleran dan mahu memaksa rakyat Malaysia yang berbilang agama menerima Islam.

Mereka berharap bukan sahaja masyarakat bukan Melayu akan menolak PAS, malah jika boleh masyarakat Melayu pun mahu dihasut agar membenci PAS.

Kenyataan terbaru Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng yang dipetik Malaysian Insight cukup mengelirukan dan paling biadab. Ia bukti kebencian DAP terhadap PAS. 

Rang Undang-undang Akta Kawalan dan Sekatan Pengembangan Doktrin atau Kepercayaan Agama Dalam Kalangan Orang Islam (Wilayah Persekutuan) yang mahu dibentangkan di Parlimen bukannya RUU PAS, walaupun Menteri dan Timbalan Menteri di JPM Hal Ehwal Agama kedua-duanya orang PAS. 

Memetik kata-kata Setiausaha PAS Selangor, Roslan Shahir Mohd Shahir, itu adalah rang undang-undang kerajaan, bukannya PAS. Tetapi Guan Eng mendesak Perdana Menteri supaya menolak rang undang-undang ini.

Rang undang-undang ini diserang kononnya mahu menganggu kebebasan warganegara bukan Islam. Kononnya ia mahu menyekat pengembangan agama bukan Islam dalam negara.

Roslan menyifatkan tuduhan itu cukup jahat dan mahu membangkitkan api kemarahan, sedangkan hakikatnya ia tidak begitu. 

Hujahnya, Artikel 11 (4) Perlembagaan Persekutuan, iaitu undang-undang tertinggi negara telah sedia memperuntukkan kawalan ke atas pegembangan agama selain Islam dikalangan para penganut Islam dalam negara. 

Ia bukan bermaksud mengawal pengembangan agama bukan Islam sesama masyarakat bukan Islam. Yang dilarang adalah apabila ia disebarkan di kalangan masyarakat Islam.

Kenapa Guan Eng berang dengan RUU ini yang merupakan undang-undang yang mahu diguna pakai untuk menyelamatkan akidah umat Islam. Apakah Guan Eng tidak prihatin pada agama dan kepercayaan umat Islam?

Apakah Guan Eng mahu mencadangkan yang semua agama bebas menyebarkan kepercayaan mereka termasuk kepada umat Islam?

Bukalah mata dan telinga kita seluas-luasnya. Inilah DAP yang sebenar. – SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here