PRK:PN menang di Pulai, Simpang Jeram jika 90 peratus pengundi Melayu keluar

0
214

Oleh ABU UBAIDILLAH RAHMAN

PERIKATAN Nasional (PN) akan menang Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram sekiranya 90 pengundi Melayu keluar mengundi pada 9 September ini.

Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, perkara tersebut tidak mustahil walaupun sebelum ini ada pihak memaklumkan gabungan politik itu sukar menang di dua kerusi berkenaan.

“Ada orang kata kepada saya, jika diikut pecahan pengundi ikut kaum, susah nak menang Tan Sri. Usaha ‘not impossible’ (tidak mustahil boleh menang)..
ini (Parlimen Pulai) kawasan gelap, akan datang ini kawasan putih kerana dalam analisis hampir 80 peratus sokong PN.

“Itu rahsia (formula PN untuk menang) tapi terdedah, kalau dapat menang, menang kita,” katanya berucap pada majlis pengumuman calon Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram di Bilik Gerakan Utama PN Bahagian Pulai, Kempas, Johor Bahru hari ini.

Turut hadir Ketua Penerangan PN, Datuk Seri Azmin Ali, Presiden Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan), Datuk Dr. Dominic Lau dan Pesuruhjaya Pas Johor, Abdullah Hussin.

Muhyiddin yang juga Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berkata, kedua-dua calon PN itu sudah ditapis Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Bekas Perdana Menteri itu berkata, mereka juga tidak memiliki sebarang rekod jenayah dan tidak bangkrap.

Katanya, PN tidak mahu kalah pada PRK tersebut dan berharap tiada masalah dalaman seperti yang berlaku dalam pilihan raya sebelum ini.

“Siapa calon yang kita letak harap dapat sokong
100 peratus,” ujarnya dan mahukan semua pihak bekerjasama dan terus menjalinkan hubungan baik dalam usaha menang dalam PRK tersebut.

Muhyiddin juga mengucapkan terima kasih kepada Gerakan kerana berkorban menyerahkan kerusi Parlimen Pulai kepada Bersatu untuk ditandingi mewakili PN.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here