Mahkamah tolak permohonan Najib hakim tarik diri

0
179

HAKIM Datuk Collin Lawrence Sequerah hari ini, menolak permohonan Datuk Seri Najib Razak supaya beliau menarik diri daripada mendengar perbicaraan kes menyalahguna kedudukan dan pengubahan wang haram dana RM2.3 bilion milik syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

BH melaporkan,bekas perdana menteri itu memfailkan permohonan pada 14 Ogos lalu susulan pendedahan Sequerah pada 26 Julai lalu, bahawa beliau dan bekas peguam 1MDB, Jasmine Loo Ai Swan pernah menjadi rakan kongsi (di firma Zain & Co) ketika menjadi peguam, 10 hingga 15 tahun lalu.

Sequerah yang kini Hakim Mahkamah Rayuan bertindak selaku hakim Mahkamah Tinggi membuat keputusan berkenaan selepas mendapati, Najib gagal menunjukkan terdapat bahaya sebenar bahawa beliau akan bertindak berat sebelah jika terus mendengar perbicaraan itu.

Katanya, beliau bersetuju dengan hujah pendakwaan bahawa tidak ada sebarang kaitan di antara isu dalam perbicaraan kes 1MDB dan hubungan lampaunya dan Jasmine di firma guaman terbabit.

Dalam permohonan itu, Najib memohon perintah supaya prosiding 1MDB dibatalkan dan beliau dilepas dan dibebaskan, atau kes berkenaan dibicarakan semula (de novo) oleh hakim baharu, atau perbicaraan bersambung di hadapan hakim baharu.

berita lanjut menyusul

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here