PAS umum Nassuruddin Daud MB Kelantan, Fadzli Hassan timbalan

0
203

PAS mengumumkan Adun Meranti Datuk Mohd Nassuruddin Daud dilantik sebagai menteri besar Kelantan ke-20 menggantikan Datuk Ahmad Yaakob.

Sementara itu, Adun Temangan Datuk Mohamed Fadzli Hassan dilantik sebagai timbalan menteri besar, jawatan berkenaan sebelum ini disandang Naib Presiden PAS Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.

“Gabungan ulama dan profesional yang akan membawa pembaharuan di negeri Cik Siti Wan Kembang,” katanya PAS di Facebooknya, lapor FMT.

Sebelum PRN Sabtu lalu, PAS menawarkan kepimpinan baharu menggabungkan agamawan dan teknokrat bagi menerajui Kelantan, jika ia menang dan tertakluk kepada perkenan Sultan Kelantan.

Pilihan raya itu menyaksikan PAS menang 43 daripada 45 kerusi di Kelantan, mengekalkan pentadbiran di negeri itu.

Sebelum DUN dibubarkan, Nassuruddin memegang jawatan Exco pembangunan Islam, dakwah, penerangan dan hubungan seranta manakala Fadzli pula Exco pembangunan insan, pendidikan, pengajian tinggi, sains dan teknologi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here