Anak pukul bapa hingga maut akibat mabuk

0
178

SEORANG anak dipercayai memukul mati bapanya yang mabuk dalam kejadian di Taman D’Ambang Kota, Lukut Port Dickson, tengah malam tadi.

Ketua Polis Port Dickson Aidi Sham Mohamed, berkata pihaknya menerima panggilan pada 12.45 tengah malam memaklumkan bapanya tidak sedarkan diri di hadapan rumah.

Katanya, siasatan polis mendapati sebelum kejadian, mangsa yang mabuk telah bergaduh serta dipukul anak lelakinya.

“Punca kejadian kerana suspek tidak berpuas hati mangsa mengeluarkan perkataan kesat dan membuat bising,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, ketibaan pegawai perubatan mengesahkan mangsa berusia 49 tahun meninggal dunia di lokasi kejadian dengan mayat dibawa ke Hospital Port Dickson untuk bedah siasat.

Katanya, siasatan polis mendapati sebelum kejadian, mangsa yang mabuk telah bergaduh serta dipukul anak lelakinya.

“Punca kejadian kerana suspek tidak berpuas hati mangsa mengeluarkan perkataan kesat dan membuat bising,” katanya dalam kenyataan lapor FMT.

Beliau berkata, ketibaan pegawai perubatan mengesahkan mangsa berusia 49 tahun meninggal dunia di lokasi kejadian dengan mayat dibawa ke Hospital Port Dickson untuk bedah siasat.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here