‘Selangor Baharu’ bawa isu yang menekan rakyat – Afif

0
182

MANIFESTO ‘Selangor Baharu’ yang ditawarkan Perikatan Nasional (PN) lebih realistik kerana ia membawa pelbagai isu yang menekan rakyat ketika ini terutama berhubung kos sara hidup yang tinggi.

Calon Perikatan Nasional (PN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Taman Medan, Dr Afif Bahardin berkata, kos sara hidup rakyat di Selangor waktu ini adalah tertinggi di negara ini.

“Sebab itu manifesto PN yang akan dibentangkan esok akan memberi fokus kepada usaha-usaha untuk memulihkan semula ekonomi dan memberi pakej rangsangan ekonomi negeri Selangor yang lebih menjurus dalam bentuk bantuan tunai secara terus kepada rakyat agar mereka rasa kurang terbeban.

“‘Saya tak boleh umum sekarang. Kita akan umumkan esok dan akan beritahu kepada rakyat negeri Selangor apa yang ingin kita lakukan,” kata Afif pada program Berani Semuka bertajuk ‘Kita Selangor vs Selangor Baharu’ yang menggandingkan beliau bersama calon Pakatan Harapan (PH) DUN Seri Serdang, Abbas Azmi.

Program yang dikendalikan personaliti televisyen, Amin Idris selaku moderator itu bersiaran secara langsung dari Kompleks Kumpulan Karangkraf di sini pada Khamis lapor Sinar Harian.

Akan menyusul

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here