Satu Malaysia ‘pusing’ kata lawan rasuah, tapi lantik Zahid jadi TPM: Muhyiddin

0
125

TAN Sri Muhyiddin Yassin menempelak Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kononnya melawan rasuah tetapi sebaliknya memeluk orang yang melakukan rasuah hari ini.

Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu berkata Anwar semasa menjadi pembangkang sehingga menjadi ketua kerajaan bercakap kononnya melawan rasuah tetapi diri sendiri sebaliknya memeluk Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang mempunyai 47 kes rasuah.

“Kau kata nak lawan rasuah, kau peluk orang ada kes rasuah… Waktu Anwar Ibrahim kata menentang rasuah, sampai hari ini sana sini di seluruh Malaysia ini cari orang kononnya melakukan rasuah sampai orang tak tak ada buat rasuah dituduh melakukan rasuah.

“Tetapi dia ambil Zahid dan dilantik jadi Timbalan Perdana Menteri. Ini apa Perdana Menteri awak ni? Jadi cakap tak serupa bikin,” kata semasa berceramah di Felda Jelai, Negeri Sembilan malam tadi.

Muhyiddin malam tadi disambut lautan penduduk Felda yang tinggal sekitar datang untuk mendengar ceramah bersama barisan pemimpin negeri lain.

Tegasnya lagi, jika Anwar benar-benar melawan rasuah sepatutnya menolak individu yang memiliki kes dalam pentadbirannya tetapi disebabkan tidak mahu hilang kuasa terpaksa berkompromi dengan prinsip yang diperjuangkan sebelum ini.

“Kalau dia tunjukkan dia menentang rasuah, dia mesti tolak Zahid Hamidi… Tak usah terima dalam kerajaan.

“Tapi kalau tolak Zahid tak terima dalam kerajaan dia tak boleh jadi Perdana Menteri, ini yang masalahnya… Pasal nak jadi Perdana Menteri mesti ada satu bilangan Ahli Parlimen yang sokong dia.

“Jadi sebab itu mahu tak mahu kena ambil Zahid, tapi ceritanya Anwar ni cikgu dia anak murid dia,” katanya lagi lapor Agendadaily.

Muhyiddin juga membidas Anwar yang didakwanya hanya mementingkan jawatan kerana sudah lama mengidam mahu menjadi Perdana Menteri sehingga mengenepikan segala prinsip disebabkan nafsu untuk berkuasa.

“Anwar ni dah lama duk tunggu nak jadi Perdana Menteri… Dua-dua ni ada dia punya tujuan dia yang tersendiri maka soal ideologi, soal perjuangan atau bangsa, agama, negara, ditolak ke tepi… Yang penting nafsu.

“Yang penting diri sendiri, sehingga terkorban dan dikorbankan sebuah pertubuhan politik yang asalnya banyak berjuang untuk orang Melayu… Hancur lebur dibuat oleh Zahid,” katanya lagi.

Untuk rekod, Muhyiddin semasa menjadi Perdana Menteri Kelapan tidak melantik Zahid dalam Kabinet yang memiliki puluhan kes mahkamah tetapi sebaliknya Anwar pula memberi jawatan tinggi kepada anak muridnya itu.

Malah, pengkritik juga mempertikaikan langkah Anwar melantik Zahid yang didakwa melanggar etika bertentangan dengan prinsip integriti yang selama ini dilaung-laungkannya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here