Dominic nafi dakwaan diminta tinggalkan ceramah PN

0
124

DAKWAAN kononnya diminta meninggalkan Ceramah Mega Perikatan Nasional (PN) Best di Sungai Dua semalam disangkal Datuk Dominic Lau.

Presiden Gerakan itu sebaliknya menjelaskan hadir ke ceramah tersebut untuk bertemu dengan Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang tetapi terpaksa beredar memandangkan ceramah itu bermula lewat.

“(Tan Sri) Abdul Hadi (Awang) meminta berjumpa jam 9 malam di majlis itu. Namun, beliau hanya berada di sana sekitar jam 10.30 malam.

“Jadi, saya tidak dapat bercakap dengannya kerana saya perlu pulang ke pulau untuk mesyuarat,” katanya dipetik laporan BH.

Sehubungan itu, Lau berkata tidak timbul isu beliau diminta meninggalkan ceramah terbabit kerana perkara itu tidak berlaku.

Terdahulu, Dominic yang juga calon PN bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bayan Lepas, dikatakan diminta meninggalkan Ceramah Mega PN Best di Sungai Dua kerana tidak diundang menyertai program disertai Presiden PAS itu.

Timbalan Presiden Gerakan, Oh Tong Keong, ketika dihubungi mengesahkan parti itu tidak diundang untuk menghadiri program Ceramah Mega PN Best berkenaan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here