Hasnizan kecewa ceramah PN bersama warga peneroka di Hulu Selangor dibatalkan

0
152

PROGRAM ceramah anjuran Perikatan Nasional (PN) bersama warga peneroka di Hulu Selangor yang sepatutnya diadakan malam ini terpaksa dibatalkan.

AHLI Parlimen Hulu Selangor, Mohd Hasnizan Harun berkata, ia selepas  penarikan semula permit kebenaran daripada pihak polis apabila tidak mendapat kebenaran daripada pihak FELDA.

“Rasa terkilan tapi apakan daya kami akur dengan arahan pihak polis yang telah menarik balik permit kebenaran yang telah diberikan kepada kami apabila pihak FELDA tidak benarkan.

“Lebih terkilan lagi boleh dikatakan setiap pelusuk kawasan dan negeri berceramah sana sini dan PMX sendiri berkempen di Universiti². Malang sungguh tiba-tiba dikawasan kami satu-satunya ada FELDA di Selangor ini kami tidak dibenarkan.

“Kami telah mohon permit pada hari Ahad 16hb Julai 2023 kepada pihak polis. Seterusnya kami telah memohon kebenaran kepada pihak Pengurusan FELDA pada Isnin 17hb Julai dan permohonan kami di tolak oleh Pengurusan FELDA Desa Maju Sungai Tengi.

“Apabila ditolak saya telah cuba hubungi Pengurus FELDA sebanyak 2 kali dan saya tahu dia sedang online tapi tidak menjawab panggilan saya,” katanya menerusi hantaran Facebook pada Rabu.

Jelasnya lagi, keputusan menarik balik kelulusan kebenaran tersebut hanya diketahui semalam walaupun persediaan sudah dibuat oleh pihak penganjur.

“Pada Selasa 18hb Julai 2023 kami telah mulakan pembelian barang‐barang yang diperlukan serta pemasangan khemah dan stage…pada sebelah petangnya kami juga telah menerima surat kelulusan dari pihak Polis walaupun salah tarikh tapi surat permohonan kami jelas tarikh ceramah adalah pada 19hb Julai 2023.

“Selepas solat Isyak pada 18hb Julai 2023 ketika di surau saya terima panggilan dari PA saya menyatakan pihak polis terpaksa menarik balik surat kelulusan atas sebab pihak FELDA tidak beri kelulusan,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here