Bayi perempuan baru lahir ditemui di lantai kedai jual ayam

0
201

SEORANG bayi perempuan yang cukup sifat ditemui di atas lantai kedai menjual ayam di kawasan Jabur Kubur, Air Putih, Chukai, Kemaman pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan berkata bayi yang masih bertali pusat itu dijumpai pemilik kedai berkenaan kira-kira jam 7.50 pagi tadi.

Katanya bayi yang dianggarkan seberat 3.2 kilogram itu dibawa ke Hospital Kemaman untuk tindakan lanjut.

“Kita sudah maklumkan kepada semua klinik kesihatan awam dan swasta jika ada menerima pesakit yang baru melahirkan bayi untuk memaklumkan perkara berkenaan,” katanya lapor Astro AWANI.

Kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here