Tun M setuju tingkatkan sokongan PN – Muhyiddin

0
109

PENGERUSI Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi gambaran Tun Dr Mahathir Mohamad bersetuju untuk membantu meningkatkan sokongan orang Melayu terhadap PN dalam pertemuan semalam.

Menurut Muhyiddin, beliau dan bekas Ahli Parlimen Langkawi itu berbincang panjang lebar tentang kedudukan dan masa depan orang Melayu tanpa menyentuh Proklamasi Orang Melayu secara khusus.

“Semalam saya telah mengadakan pertemuan dengan Tun Dr. Mahathir Mohamad. Alhamdulillah, pertemuan empat mata ini telah berjalan dalam suasana yang mesra dan saling hormat-menghormati antara kami berdua.

“Pada dasarnya kami bersetuju untuk mengukuhkan perpaduan orang Melayu dan meningkatkan sokongan kepada Perikatan Nasional khususnya dalam menghadapi pilihan raya di enam buah negeri tidak lama lagi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, media melaporkan, dua bekas Perdana Menteri itu akhirnya bertemu selepas bermusuhan selama lebih tiga tahun bagi membincangkan hala tuju Proklamasi Orang Melayu.

Pertemuan empat mata selama dua jam itu dikatakan berlangsung di kediaman Dr. Mahathir pada pukul 9 malam tadi lapor Utusan Malaysia.

Sebelum ini, kedua-dua pemimpin itu dilaporkan sedia bekerjasama bagi dalam mencapai matlamat memperjuangkan nasib orang Melayu dan Islam.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here