Bubar DUN: Sanusi dijangka menghadap Sultan Kedah hari ini

0
177

MENTERI Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor dijangka menghadap Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah hari ini.

Muhammad Sanusi akan menghadap Sultan Sallehuddin bagi memohon perkenan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah.

Beliau dijadualkan menghadap Sultan Sallehuddin pada jam 10.15 pagi di Wisma Darul Aman, di sini hari ini.

Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan Kedah bercadang membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada 28 Jun ini bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN).

Muhammad Sanusi Md Nor mengesahkan bahawa beliau akan menghadap Sultan Sallehuddin untuk mempersembahkan cadangan tarikh pembubaran pada 25 Jun ini.

Enam negeri akan melaksanakan PRN pada tahun ini termasuk Kedah, Selangor, Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Kelantan dan Terengganu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here