Selepas tutup premis judi, Perlis ikrar kesan aktiviti judi haram

0
250

SELEPAS menutup premis-premis judi di sekitar Perlis, Menteri Besar, Mohd Shukri Ramli berkata, tindakan seterusnya adalah mengesan aktiviti-aktiviti perjudian haram di negeri itu.

Katanya, usaha itu bagi menghapuskan kegiatan perjudian di Perlis.

“Kita juga akan mengesan aktiviti-aktiviti judi haram yang beroperasi dalam usaha bagi menghapuskan kegiatan berkenaan di Perlis.

“Tak susah pun untuk kesan mereka (yang jalankan operasi judi haram) ini kerana Perlis adalah negeri yang kecil sahaja,” katanya yang dipetik portal Utusan Malaysia, hari ini.

Pada Jumaat lalu, media melaporkan syarikat judi Da Ma Cai memberi amaran risiko ketagihan judi akan menjadi semakin parah selain pertambahan lebih banyak isu sosial jika kedai mereka ditutup.

Da Ma Cai berkata demikian ketika menjawab soalan berkaitan kesan tindakan kerajaan Perlis yang mahu menuntut kedai judi pada tahun depan.

Tarikh akhir lesen operasi mereka di Perlis pada 6 Mar 2024.

‘Keputusan tutup kedai judi muktamad’

Exco perumahan dan kerajaan tempatan Perlis Fakhrul Anwar Ismail sebelum ini dilaporkan berkata operasi enam premis perjudian di Perlis tidak akan disambung selepas tamat tempoh itu.

Menurutnya, keputusan itu selaras dengan pendirian Perikatan Nasional (PN), parti pemerintah Perlis, dan Shukri untuk menghentikan aktiviti perjudian.

Fakhrul Anwar juga berkata langkah itu bukan mengejutkan atau perkara baru, memandangkan sudah lama dilaksana di negeri-negeri lain PN, iaitu Kelantan, Terengganu dan Kedah.

Da Ma Cai mempunyai satu kedai nombor ekor di Perlis di samping syarikat judi Sports Toto dan Magnum. 

Mengulas kenyataan beberapa pengusaha premis perjudian di Perlis di Perlis bagi mendapat penjelasan lebih lanjut, menteri besar berkata, kerajaan negeri tidak ada masalah bertemu dengan mereka.

Namun, katanya, keputusan untuk tidak menyambung lesen operasi premis judi tetap muktamad.

Katanya, pihaknya tiada masalah bertemu mana-mana pengusaha premis terlibat dan pertemuan boleh diatur bagi membincangkan tentang perkara itu.

Mohd Shukri juga dipetik sebagai berkata, kerajaan negeri tidak terlalu agresif dalam mengambil tindakan berkenaan dan memberi tempoh masa mencukupi kepada pengusaha terlibat untuk membuat persediaan.

“Ruang masa yang diberikan bagi pelaksanaan ini adalah mencukupi iaitu bermula April lalu dan kita tidak akan memberi lanjutan tempoh lagi,” katanya lagi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here