Bekas pemain bola kebangsaan didakwa cederakan kekasih

0
189

SEORANG bekas pemain bola sepak kebangsaan tiba di Mahkamah Majistret di Petaling Jaya pada jam 8.15 pagi Isnin, bagi menghadapi pertuduhan menyebabkan kecederaan kepada teman wanitanya di sebuah hotel, baru-baru ini.

Dia yang memakai baju T berkolar biru dengan berseluar jean, kini aktif beraksi bersama sebuah pasukan terkemuka, telah ditahan di sebuah hotel di sini bagi membantu siasatan berhubung kes terbabit.

Menerusi laporan media sebelum ini, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, berlaku perselisihan faham antara mangsa dan teman lelakinya.

Ia disusuli dengan kejadian menyebabkan kecederaan di bahagian badan mangsa, selain suspek didapati merosakkan telefon bimbitnya.

Katanya, kes ini disiasat mengikut Seksyen 323 / 427 Kanun Keseksaan, lapor Sinar Harian.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here