Dua-beradik, remaja bawah umur antara 11 tidak mengaku jadi ‘scammer’

0
191

SERAMAI individu termasuk dua beradik dan remaja bawah umur didakwa di Mahkamah Majistret Ayer Keroh, hari ini atas pertuduhan menipu tujuh individu yang membabitkan kerugian sebanyak RM45,534.74, sejak April lalu.

Tertuduh ialah Muhammad Ikmal Rizal Hamdan, 22; dan adiknya Muhamad Haiqal Hamdan, 19; Yap Soon Lin, 23; Muhamad Faizal Abdullah, 22; Sharifah Nur Natasha Syed Mohd Hata, 21; Yap Zhen Xiang, Teong Wai Keat dan Goh Chun Rong, 19; Lee Yih Hong, 18; dan dua remaja bawah umur berusia 17 tahun.

Kesemua tertuduh yang didakwa atas tujuh pertuduhan bagaimanapun mengaku tidak bersalah sejurus pertuduhan terhadap mereka dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Majistret Nabilah Nizam, lapor Astro Awani.

Mengikut kesemua pertuduhan, tertuduh didakwa bersetuju antara satu sama lain untuk melakukan suatu perbuatan yang menyalahi undang-undang dengan memperdayakan tujuh individu sehingga mangsa menyerahkan wang bernilai keseluruhan RM45,534.74.

Kesalahan itu dilakukan di sebuah premis di Taman Cheng Perdana dalam daerah Melaka Tengah sejak 11 April sehingga 20 Mei lalu.

Justeru mereka didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 120(b)(1) kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara minimum satu tahun dan maksimum 10 tahun dan hendaklah dikenakan denda jika sabit kesalahan.

Terdahulu, pendakwaan yang dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Muhamad Ehsan Nasaruddin mencadangkan jaminan sebanyak RM10,000 bagi setiap pertuduhan.

Kesemua tertuduh yang diwakili peguam Joel Chua bagaimanapun memohon jaminan rendah diberikan kepada setiap anak guamnya.

Mahkamah kemudian membenarkan jaminan sebanyak RM26,000 bagi kesemua pertuduhan dan menetapkan tarikh 31 Julai depan sebagai sebutan semula kes.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here