Lelaki pukul kepala wanita direman 3 hari

0
325

LELAKI yang dipercayai memukul kepala seorang pemandu wanita direman tiga hari bermula hari ini.

Ketua Polis Tapah, Wan Azharuddin Wan Ismail, berkata perintah reman dikeluarkan ke atas suspek berusia 29 tahun yang bekerja sebagai penyelia kilang di Serdang, Selangor.

“Permohonan tahanan reman ke atas suspek dilakukan di Mahkamah Tapah bawah Seksyen 323/506/509 Kanun Keseksaan selama tiga hari hingga Jumaat,” katanya menurut Bernama.

Semalam, lelaki itu ditahan di sekitar Serdang dan dibawa ke Balai Polis Tapah untuk membantu siasatan.

Video insiden yang dikatakan berlaku ketika dalam perjalanan dari Cameron Highlands ke Tapah berdurasi 59 saat itu tular di media sosial.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here