13 ditahan bergaduh gara-gara bunyi bising motosikal

0
144

TIGA belas lelaki termasuk seorang pelajar Tingkatan Tiga yang terlibat dalam satu pergaduhan antara dua kumpulan gara-gara tidak berpuas hati terhadap bunyi bising ekzos motosikal ditahan polis pada Isnin malam.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, ACP Mohamad Farouk Eshak berkata kesemua yang berusia antara 15 hingga 26 tahun itu, ditahan pukul 12.05 tengah hari, Selasa lepas, di perkarangan Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya.

“Siasatan awal mendapati pergaduhan antara dua kumpulan berkenaan berpunca daripada rasa tidak puas hati dengan perbuatan kumpulan yang lain membuat bising dengan membunyikan motosikal.

Kumpulan yang tidak berpuas hati ini kemudian telah menegur menyebabkan berlaku pertengkaran seterusnya pergaduhan dengan menggunakan topi keledar sehingga tiga daripada mereka mengalami cedera ringan dan dirawat di Hospital Ampang,” katanya dalam satu kenyataan di Ampang hari ini.

Kata Mohamad Farouk mereka yang ditahan antaranya bekerja sebagai penghantar makanan, pembantu jualan serta penganggur dan ujian air kencing mendapati semua suspek negatif dadah.

Bagaimanapun tiga daripada mereka yang berumur 20,21 dan 26 tahun mempunyai rekod kesalahan lampau membabitkan dadah dan jenayah.

Katanya kesemua suspek direman sehingga Sabtu ini.

– Bernama

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here