Anak perempuan sesak nafas, makan biskut ‘ganja’ buatan bapa

0
211

SEORANG kanak-kanak perempuan 11 tahun dibawa ke hospital akibat sesak nafas selepas dipercayai termakan biskut dibuat bapanya yang disyaki dicampur ganja di Lawin, Gerik, malam tadi.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri, berkata pihaknya menerima laporan kejadian daripada pembantu perubatan Klinik Kesihatan Lawin pada jam 10.26 malam tadi, menyebut seorang kanak-kanak berusia 11 tahun mengalami sesak nafas, pening dan loya.

Mohd Yusri berkata, siasatan awal mendapati mangsa termakan biskut dipercayai dicampur ganja dibuat bapanya yang bekerja sebagai penoreh getah.

“Bapa kanak-kanak itu reman lima hari bermula hari ini manakala saringan ujian awal air kencing mendapati suspek berusia 38 tahun itu positif dadah jenis tetrahydrocannabinol (THC).

“Selepas dibawa ke Klinik Kesihatan oleh bapanya, mangsa dihantar ke Hospital Gerik dan seterusnya dirujuk ke Hospital Taiping untuk pemeriksaan dan rawatan selanjutnya.

“Keadaan kanak-kanak itu kini stabil,” katanya dalam kenyataan, hari ini, lapor BH Online.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here