Ayob Khan dedah ada OCPD tak puas hati Bukit Aman serbu premis judi ‘online’

0
230

KETUA polis daerah di seluruh negara diingatkan jangan jadikan ‘Surat Aku Janji’ tiada sebarang aktiviti judi di daerah pentadbiran masing-masing sebagai ‘kertas tisu’, kata Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay.

Ayob Khan berkata ini kerana ini beliau menerima maklumat bahawa ada dalam kalangan ketua polis daerah kontinjen Kuala Lumpur tidak berpuas hati apabila diminta untuk menghantar Task Force D7 JSJ Bukit Aman bagi mengambil tindakan ke atas premis judi dalam talian.

“Sepatutnya semua OCPD yang setiap bulan menandatangani Aku Janji tiada sebarang aktiviti judi di daerah masing-masing berpegang teguh kepada Aku Janji itu.

“Janganlah Aku Janji itu dianggap sebagai satu kertas tisu, yang tiada nilai dan tiada lagi amaran diberi,” katanya kepada pemberita selepas hadir menyaksikan Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Kuala Lumpur di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, hari ini.

Ayob Khan meminta setiap ketua polis daerah perlu ada keselarasan antara tindakan dengan prinsip moral, etika dan undang-undang antara kepentingan diri serta kepentingan umum. – Bernama

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here