Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Dakwaan rasuah Sivakumar: Lima pegawai ditamat kontrak, satu tukar jabatan - sumber -

Dakwaan rasuah Sivakumar: Lima pegawai ditamat kontrak, satu tukar jabatan – sumber

LIMA pegawai Menteri Sumber Manusia V Sivakumar ditamatkan perkhidmatan berkuat kuasa serta-merta, kata sumber di Jabatan Perdana Menteri.

Memetik laporan Malaysiakini, difahamkan bahawa tindakan itu adalah sebahagian daripada usaha kerajaan membersihkan kementerian tersebut yang baru-baru ini yang dicemari dengan dakwaan rasuah dan salah guna kuasa melibatkan pegawai pejabat menteri.

“Sebanyak lima pegawai ditamatkan kontrak. Manakala, satu lagi ditukar ke JPA (Jabatan Perkhidmatan Awam).

“Ini termasuk dua pegawai yang baru-baru ini ditahan SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia).

“Setahu saya, dua pegawai telah pun menerima surat pemberitahuan penamatan kontrak dan ditukar jabatan. Yang lain, saya tak beberapa pasti (dah terima surat atau belum),” katanya.

Bagaimanapun, menurut sumber itu lagi, bukan semua pegawai yang ditamatkan kontrak berkaitan siasatan SPRM.

“Ada yang ditamatkan kontrak kerana terkait siasatan SPRM. Sementara ada juga kerana prestasi kerja,” katanya.

Malaysiakini sudah menghubungi menteri dan pejabat menteri untuk pengesahan.

SPRM sebelum ini menyerbu pejabat kementerian itu di Putrajaya dan menahan seorang pegawai kanan Sivakumar.

SPRM turut menahan setiausaha sulit Sivakumar berhubung siasatan rasuah itu. Dia ditahan reman selama empat hari bagi membantu siasatan.

Selain itu, seorang ahli perniagaan dari Ipoh turut ditahan dalam siasatan yang dikatakan melibatkan rasuah bernilai RM97 juta.

Difahamkan siasatan SPRM turut bertumpu kepada individu lain dalam kementerian dan agensi berkaitannya.

Susulan itu, Sivakumar telah menggantung tugas tiga pegawai kanannya, termasuk seorang setiausaha sulit dan seorang pegawai tugas-tugas khas (PTTK) yang ditahan SPRM.

Namun, selepas tamat reman, tempoh penggantungan seorang pegawai dikekalkan. Sementara dua lagi mengambil cuti sehingga tamat siasatan tersebut.