PRN: Rundingan kerusi PN hampir 50 peratus selesai

0
194

RUNDINGAN pembahagian kerusi antara parti komponen Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) kini hampir 50 peratus selesai.

Naib Presiden PAS Datuk Idris Ahmad berkata pihaknya akan mendapatkan maklumat lanjut daripada enam negeri terbabit berhubung perkara itu sebelum ia dimuktamadkan di peringkat pusat.

“Saya fikir sudah hampir 50 peratus (perbincangan) cuma buat waktu ini kita sedang perhalusi perkara berkaitan pertukaran kerusi dan sebagainya,” katanya pada sidang media selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri PAS Perak di Arena Amanjaya Lawin di sini hari ini.

Beliau berkata jentera parti di pelbagai peringkat terutama di negeri-negeri yang tidak terlibat dengan PRN akan dikerah khususnya bagi membantu PN mengekalkan kemenangan di Kelantan, Terengganu dan Kedah. 

Sebelum ini, media melaporkan PRN membabitkan negeri Kedah, Kelantan, Terengganu, Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan dijangka dilangsungkan serentak Jun ini.

— BERNAMA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here