Lembaga Pengampunan tak bincang permohonan ampunkan Najib – Sumber

0
196

LEMBAGA Pengampunan tidak membincangkan permohonan memohon bekas perdana menteri Najib Razak diampunkan, menurut sumber.

Memetik laporan FMT, sumber menyangkal laporan mendakwa lembaga yang dipengerusikan oleh Yang di-Pertuan Agong itu akan membincangkan permohonan untuk Najib itu hari ini.

Najib dipenjarakan tahun lepas selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan pensabitan beliau dalam kes SRC International.

Beliau disabit kesalahan pada Julai 2020 atas tuduhan salah guna kuasa, pengubahan wang, dan pecah amanah berkait dana SRC berjumlah RM42 juta. Mahkamah menjatuhi hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta.

Pada 31 Mac lepas, sidang lima hakim di Mahkamah Persekutuan secara majoriti menolak permohonan Najib meminta pensabitan dan hukumannya disemak semula.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here