Melayu Islam jangan terlalu selesa, angkuh hingga bukan Islam tak boleh diraikan – Anwar

0
234

PERDANA Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata orang Melayu Islam yang merupakan kumpulan majoriti di negara ini tidak harus berasa terlalu selesa dan angkuh sehingga menganggap kelompok lain tidak boleh diraikan.

Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata ia adalah antara pengajaran yang dilihatnya ketika melakukan lawatan kerja ke Kemboja baru-baru ini, iaitu penduduk beragama Islam hanyalah 10 peratus di dalam negara yang majoritinya beragama Buddha.

Di Kemboja, katanya umat Islam diraikan, masjid tidak dirobohkan, hak mereka dipertahankan, malah diangkat sebagai menteri untuk mewakili kepentingan mereka.

“Jadi bila saya diberi penghormatan untuk sampaikan ucapan sebelum ke masjid, saya sebut bahawa langkah ini menunjukkan negara majoriti penganut Buddha meraikan minoriti umat Islam dengan Iftar dan beberapa ruang (lain) termasuk menteri seorang Muslim.

“Saya kata satu pengajaran, sebab kita kadang-kadang bila majoriti, kita rasa terlalu selesa dan angkuh dengan menganggap, oleh yang demikian tidak boleh raikan kelompok-kelompok yang lain,” katanya pada perhimpunan bulanan Kementerian Kewangan di Putrajaya hari ini.

Anwar berkata sementara menjaga kepentingan majoriti Melayu Islam di Malaysia, beliau memilih untuk memegang prinsip saling homat-menghormati dan meraikan serta memberi hak kewarganegaraan kepada semua.

– Bernama

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here