Pemilihan Pemuda UMNO Jempol dibatalkan, akan undi semula

0
238

BAHAGAIAN Jempol akan mengadakan semula pemilihan bagi sayap pemuda bahagian itu selepas pemilihan pada 11 Mac lalu dibatalkan.

Pemangku Ketua UMNO Bahagian Jempol, Datuk Shamshulkahar Mohd Deli berkata pembatalan persidangan dan pemilihan pergerakan pemuda itu diputuskan oleh Jawatankuasa Pemilihan UMNO.

Katanya UMNO Bahagian menerima keputusan itu menerusi surat rasmi bertarikh 15 Mac lalu.

“Pembatalan itu adalah rentetan daripada beberapa bantahan yang dihantar oleh perwakilan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Jempol supaya membuat pengundian semula.


“Sehubungan itu kita mencadangkan satu sesi pengundian semula bagi sayap itu diadakan sebaik sahaja pengurusan UMNO Bahagian Jempol yang baharu dibentuk iaitu selepas persidangan pada hari ini,” katanya menerusi satu surat yang dikeluarkan hari ini.

Shamshulkahar yang juga Ahli Parlimen Jempol berkata berikutan pembatalan itu, 10 wakil pergerakan pemuda yang dilantik pada mesyuarat tersebut juga terbatal dan tidak akan mewakili Pemuda ke persidangan bahagian.

“Bagaimanapun status Ketua Pemuda Cawangan adalah tidak terjejas dan merupakan perwakilan yang sah untuk hadir ke mesyuarat hari ini lapor BH.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here