Datuk Roy direman tiga hari kes Jana Wibawa

0
272

SEORANG ahli perniagaan dikenali sebagai ‘Datuk Roy’ direman tiga hari bermula Selasa oleh Mahkamah Majistret di sini, bagi membantu siasatan berhubung kes rasuah Program Jana Ekonomi Pemerkasaan Kontraktor Bumiputera Berwibawa (Jana Wibawa).

Majistret Noorelynna Hanim Abd Halim mengeluarkan perintah itu selepas membenarkan permohonan daripada pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Lelaki berusia 54 tahun itu hadir di mahkamah dengan memakai baju lokap berwarna oren, oleh anggota SPRM ditahan sehingga Khamis depan.

Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 17(a) SPRM 2009.

Sebelum ini, Datuk Roy diburu SPRM kerana didakwa menjadi perancang utama dalam siasatan kes meminta dan menerima rasuah sebanyak RM400,000 bagi mengelakkan siasatan membabitkan kes program Jana Wibawa.

Empat individu termasuk seorang pegawai SPRM ditahan, namun kemudiannya dibebaskan dengan jaminan kerana disyaki meminta dan menerima rasuah berjumlah RM400,000 bagi mengelakkan siasatan ke atas program kontroversi itu.

Datuk Roy yang beralamat di Kuantan, Pahang, pernah dipenjara kerana terbabit dalam kes rasuah.

Sementara itu, peguam, Fahmi Abd Moin yang mewakili suspek berkata, anak guamnya telah menyerah diri di pejabat SPRM di sini, pada Isnin lapor Sinar Harian.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here