Wujudkan Akta Pendanaan Politik- Perwakilan Armada

0
408

AKTA Pendanaan Politik atau Akta Pembiayaan Kempen Politik perlu diwujudkan bagi mengelak salah faham atau isu berbangkit sesebuah parti.

Ini kerana ketika ini belum ada peraturan jelas tentang sumbangan, perbelanjaan politik calon semasa kempen pilihan raya.

Mahasiswa Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada), Muhammad Airil Fitri Jalaluddin, 23, berkata boleh dikatakan semua parti di negara ini menerima sumbangan dana daripada luar dan perkara itu tidak menjadi kesalahan selagi tidak melanggar undang-undang.

“Perikatan Nasional (PN) bukan satu-satunya parti politik di negera ini yang menerima sumbangan tetapi kenapa hanya parti kami menjadi sasaran dan dipersoal. Jika betul kerajaan telus siasat juga parti politik supaya adil dan saksama.

“Sudahlah dana parti masuk akaun parti bukan akaun peribadi Tan Sri Muhyiddin Yassin, adakah ia tetap menjadi kesalahan sedangkan parti politik lain yang terang-terangan terima sumbangan di akaun peribadi.

“Misalnya Datuk Seri Zahid Hamidi yang menghadapi 47 pertuduhan dan kebanyakan subangan diterima beliau dikkreditkan ke akaun peribadi yang dibelanjakan untuk membayar hutang kad kredit yang nilainya ratusan juta,” katanya kepada Satuberita ketika ditemui di Dewan Wawasan Menara PGRM di sini, hari ini.

Bagi Mohamad Hakim Norizan,33 keadaan terdesak parti pihak lawan membuatkan mereka sanggup melakukan apa sahaja cara bagi mendakwa presiden Bersatu.

“Ini adalah penganiayaan dan ingat rakyat sedang memerhatikan anda. Ia adalah konspirasi jahat kerana sokongan terhadap PN terutama orang Melayu menakutkan pihak lawan.

“Di mana salahnya dana yang diterima daripada penyumbang dikreditkan ke akaun parti dan bukan akaun persendirian. Kita juga tiada akta yang mengatakan tidak boleh terima sumbangan atau dana daripada pihak luar.

“Tuduhan terhadap Muhyiddin adalah sangat tidak berasas dan fitnah. Buatlah apa sahaja kami tetap akan terus teguh bersama Bersatu,” katanya.

Bagi Muhammad Syahmi Haziq Mohd Najib, 24 berkata, usia muda bukan penghalang untuk dirinya ambil tahu mengenai senario politik yang berlaku di negara ini.

“Ya jika dilihat pada usia, saya terlalu mentah untuk betcakap soal politik. Tetapi sejak menyertai Bersatu pada 2018, saya semakin ‘celik’ mengenai politik di negara ini.

“Saya juga ambil tahu dan cakna denga napa yang berlaku terhadap presiden Bersatu dan sebagai orang muda saya tidak setuju denga napa yang pihak lawan cuba lakukan.

“Negara kita negara demokrasi, tapi politik dendam yang dipamerkan kerajaan Madani benar-benar mengecewakan dan kotor. Jika benar telus, siasat semua akaun parti di negara ini supaya tidak ‘double standard’. Apa yang dilakukan kerajaan sekarang adalah umpama ‘bunuh diri’ mereka sendiri,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here