Penggangur menyamar ‘rider’ ragut pejalan kaki ditahan polis

0
244

SEORANG penggangur diberkas polis selepas meragut pejalan kaki lelaki di Plaza 33, Petaling Jaya, 22 Februari lalu.

Ketua Polis Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, suspek menggunakan taktik menyamar menjadi penghantar makanan sebelum meragut mangsa di sekitar Petaling Jaya.

Katanya, suspek juga menggunakan beg dan pakaian penghantar makanan yang disyaki dicuri.

“Sebelum meragut, suspek juga menukar ‘cover set’ motosikal Yamaha LC 135 yang digunakan dan menukar kepada asal selepas meragut agar sukar dikesan pihak berkuasa,” katanya dalam satu sidang Ibu Pejabat Daerah (IPD) Petaling Jaya, hari ini.

Tambahnya, suspek berusia 25 tahun ditahan di kawasan perumahan Jalan Gasing Indah pukul 6.30 petang.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhruddin Abdul Hamid (kanan) bersama pegawainya menunjukkan sebuah motosikal serta peralatan untuk melakukan kegiatan ragut yang dirampas selepas berjaya menahan dua suspek yang terlibat dalam kegiatan meragut ketika mengadakan sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPD) Petaling Jaya, hari ini. GAMBAR: Warta Rakyat

“Hasil soal siasat, suspek mengaku terlibat dalam kes berkenaan dan telah menjual telefon bimbit milik mangsa kepada rakan sepenjenayah,” katanya.

Susulan polis berjaya menahan seorang lelaki warga tempatan berusia 32 tahun pada pukul 9 malam pada tarikh sama suspek pertama ditangkap.

“Polis berjaya merampas sebuah telefon bimbit yang disyaki kepunyaan mangsa.

“Kedua-dua suspek telah direman di bawah Seksyen 117 Kanun,” katanya, lapor Utusan TV.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here