Pemilihan UMNO: Surat didakwa daripada RoS tular di Facebook

0
353

TULAR di media sosial pada Selasa apabila surat didakwa daripada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) berhubung usul tambahan Perhimpunan Agung UMNO (PAU) supaya dua jawatan tertinggi tidak dipertandingkan.

Astro AWANI melaporkan, ia selepas Kementerian Dalam Negeri (KDN) memberi pengecualian kepada UMNO berhubung usul tiada pertandingan bagi dua jawatan teratas parti berkenaan dalam pemilihan akan datang pada 18 Mac.

Surat berkenaan yang disiarkan menerusi laman Facebook Planetmalaya antara lain memaparkan kandungan surat terbabit yang dikatakan keputusan RoS terhadap usul tambahan tersebut.

“Ini adalah surat RoS di mana keputusan usul tambahan Ucapan Dasar Presiden Di Perhimpunan Agung UMNO 2022 jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO tidak dipertandingkan pada penggal pemilihan parti yang akan datang adalah TIDAK SAH,” dakwa planetmalaya.

Surat terbabit turut mengatakan bahawa UMNO hendaklah mengambil tindakan pembetulan dengan tidak mengetepikan Perlembagaan UMNO di bawah Fasal 9.3 dalam pelaksanaan Pemilihan Majlis Tertinggi UMNO.

Petikan perkongsian di Facebook berkenaan surat RoS UMNO

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here