Sikap pendendam Anwar lebih teruk daripada Mahathir, dakwa MP Pas

0
252

DATUK Awang Hashim (PN-Pendang) berkata sikap pendendam Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung pendakwaan terpilih sewaktu pentadbirannya lebih teruk berbanding ketika pimpinan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. 

Merujuk kepada pendakwaan SPRM terhadap Ketua Penerangan Bersatu Datuk Wan Saiful Wan Jan yang berdepan dua pertuduhan meminta dan menerima rasuah RM6.9 juta hari ini, Awang berkata ia merupakan satu permulaan daripada “permainan” Anwar. 

“Kami (PN) sebagai pembangkang, ugutlah apa saja… segala tribulasi dan fitnah yang kami hadapi lebih teruk. 

“Bagi saya, kalau inilah permulaan PM, dia adalah perdana menteri paling teruk di Malaysia. Malah Dr Mahathir yang dikata zalim pun tak (sezalim itu) setakat ini. 

“Sifat balas dendam PM ini sangat kuat dan sangat pendendam,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini. 

Pagi tadi, Wan Saiful mengaku tidak bersalah berhubung dua pertuduhan itu dan memohon kes berkenaan dibicarakan apabila pertuduhan dibacakan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur. 

Lebih ramai pemimpin PN jadi sasaran 

Dia turut mempertikaikan pendakwaan terhadap Wan Saiful yang sebelum ini hanyalah anggota parti biasa tetapi menjadi sasaran. 

“Bagi saya, ini ialah satu signal kepada pemimpin lain bahawa kalau yang tak ada jawatan pun SPRM pun boleh diarah untuk mendakwa, apatah lagi kamu yang duduk dalam executive. You all be ready to be charged,” katanya, lapor MalaysiaKini.

Sementara itu, Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man turut menjangkakan bahawa akan lebih ramai pemimpin PN dipanggil agensi menjelang pilihan raya negeri yang dijangka akan diadakan dalam masa terdekat. 

“Ya, saya tengok ini lebih bersifat pendakwaan terpilih…ni persiapan untuk PRN, tentu ada kaitan,” katanya apabila ditanya sama ada akan ada lebih ramai pemimpin PN yang akan dipanggil selepas pendakwaan Wan Saiful hari ini. 

Katanya, pendirian Anwar itu tidak selari dengan kempen Pakatan Harapan dalam pilihan raya umum sebelum ini, yang sering menyuarakan pelbagai slogan berhubung pentadbiran yang adil dan saksama. 

Pada masa sama, Ahli Parlimen Kubang Kerian itu turut bersetuju dengan kenyataan Hassan Karim (PH-Pasir Gudang) yang menyuarakan kebimbangannya berhubung pendakwaan terpilih dalam pentadbiran Anwar. 

“Kuasa boleh bawa kepada korupsi. Kalau kuasa mutlak, korupsi itu mutlak dalam hal ini saya berterus terang, saya amat bimbang. 

“Dalam titah diraja ‘kerajaan banteras rasuah secara agesif’. Ada perkataan agresif di situ. Saya bersangka baik kepada presiden parti – integriti, iltizam banteras rasuah,” kata Hassan dipetik sebagai berkata dalam membahaskan titah dirajanya di Dewan Rakyat hari ini. 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here