Lima ADUN UMNO Sabah umum keluar parti, sertai Hajiji

0
188

LIMA Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) UMNO Sabah, hari ini mengumumkan keluar parti itu berkuat kuasa serta merta.

Mereka yang berbuat demikian terdiri daripada Datuk Dr Yusof Yacob (Sindumin); Datuk Jasnih Daya (Pantai Dalit); Datuk Mohd Arsad Bistari (Tempasuk); Datuk Hamid Awang (Balung) dan Datuk James Ratib (Sugut).

Pengumuman itu dibuat mereka pada sidang media khas yang dipengerusikan Dr Yusof di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), di Kota Kinabalu, sebentar tadi.

Serentak tindakan itu, lima ADUN berkenaan turut mengumumkan menyertai Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) yang dipimpin Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor.

Turut mengumumkan menyertai Gagasan Rakyat ialah tiga ADUN Parti Warisan (WARISAN) yang mengumumkan keluar parti awal bulan ini.

Mereka ialah Norazlinah Arif (Kunak), Chong Chrn Bin (Tanjung Kapor) dan Mohammad Mohamarin (Banggi), lapor BH Online.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here