6 rumah terbakar, warga emas rentung

0
171

SEORANG warga emas rentung dalam kebakaran membabitkan enam rumah di Bagan Ikan, Bagan Datuk, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 pagi itu, mangsa adalah seorang lelaki tempatan dipercayai berumur 80-an.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung insiden itu pada jam 6.42 pagi.

“Kebakaran membabitkan enam rumah kelas B berkeluasan keseluruhan 180 x 180 kaki persegi yang musnah terbakar 90 peratus.

“Mangsa yang maut ditemui dalam bilik rumah kedua yang terbakar. Seorang lagi mangsa berumur 24 tahun pula mengalami kecederaan di bahagian lutut.

“Kebakaran itu turut mengakibatkan dua kereta jenis Toyota Altis dan Perodua Kancil serta sebuah motosikal musnah,” katanya lapor BH.

Katanya, pasukan daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Hutan Melintang dengan bantuan BBP Teluk Intan, Balai Bomba Sukarela (BBS) Sungai Tiang dan BBS Bagan Datuk memadamkan kebakaran menggunakan sumber air laut sehingga api berjaya dipadamkan sepenuhnya.

Operasi ditamatkan jam 1.21 tengah hari tadi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here