Tag: JBPM
-
Empat kedai di Terminal Larkin Sentral terbakar
SEBANYAK empat unit kedai di tingkat satu Terminal Larkin Sentral, Johor Bahru terbakar, pagi tadi. Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Johor Penguasa Kanan Bomba I Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 6.50 pagi dan menjalankan operasi pemadaman dengan kekuatan 30 anggota. Beliau berkata kebakaran…
-
Tujuh selamat nahas helikopter di Subang
TUJUH penumpang termasuk juruterbang selamat selepas helikopter Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) kemalangan di Institut Teknologi Penerbangan Malaysia Universiti Kuala Lumpur (UniKL MIAT), dekat Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang. Ketua Pegawai Eksekutif Pihak Berkuasa Penerbangan Awam (CAAM), Norazman Mahmud, berkata helikopter jenis Leonardo S.p.A AW189 itu menjalani ujian penerbangan ketika kejadian 11.52 pagi.…
-
Warga emas hilang disyaki dibaham buaya
SEORANG lelaki warga emas hilang disyaki dibaham buaya ketika turun ke botnya di sungai Kampung Mas-Mas Nasib Kita, Tawau, Rabu lalu dan kehilangan Addi Bangsa, 60, disedari oleh penduduk penduduk kira-kira pukul 4 pagi. Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (BBP) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, bilik kawalan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau…
-
Lelaki maut tersepit, treler jatuh gaung 10 meter
SEORANG lelaki maut akibat tersepit dalam treler muatan pasir yang terbabas ke dalam gaung setinggi kira-kira 10 meter di Kilometer (KM) 43 Lebuhraya Karak-Bukit Tinggi di sini hari ini. Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, mangsa yang dikenali sebagai Mohamad Hasrul Abdul Halim, 33, disahkan meninggal dunia di…
-
Bomba guna K9 kesan remaja hilang, SAR diteruskan pagi ini
DUA ekor anjing unit pengesan K9 Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Kuala Lumpur dikerahkan untuk operasi pengesanan seorang remaja yang hilang sejak petang semalam, di Kampung Tanjong Sejarah, Gerik, kira-kira 128 kilometer (km) dari sini. Penolong Pengarah Bahagian Operasi JBPM Perak Sabarodzi Nor Ahmad dalam kenyataan berkata operasi mencari mangsa berusia 17 tahun itu diteruskan…
-
Hutan Simpan Kuala Langat terbakar, api dipadamkan sepenuhnya
KIRA-kira empat ekar daripada Hutan Simpan Kuala Langat, Selangor, terbakar disyaki akibat cuaca panas. Menurut Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Hafisham Mohd Noor, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 6.32 petang, pada Isnin lepas. Katanya, seramai 25 anggota dan pegawai JBPM terlibat dibantu 33 yang lain daripada pelbagai agensi untuk memadamkan…
-
Deretan tiga kedai di Shah Alam musnah 90 peratus dalam kebakaran
SEDERET tiga buah kedai musnah dalam kebakaran yang berlaku di Kampung Jalan Kebun, Shah Alam, Selangor, hari ini. Menurut Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 7.11 pagi. Anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Shah Alam, BBP Andalas dan BBP Kota Raja tiba di…
-
Dua remaja hilang di Batang Rajang ditemukan lemas
DUA remaja lelaki yang dilaporkan hilang Jumaat lepas selepas dihanyutkan arus sungai semasa mandi di Sungai Rajang berdekatan pekan Durin, kira-kira 26 kilometer dari sini, ditemukan lemas hari ini. Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon Sibu Andy Alie berkata mangsa pertama, Justin Siaw ditemukan pada 7.35 pagi, manakala mangsa kedua Kong Wei Seng,…
-
Aidilfitri: JBPM beku 80 peratus cuti pegawai,anggota di seluruh negara
JABATAN Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) membekukan 80 peratus cuti pegawai dan anggota bomba di seluruh negara bagi siap siaga sepenuhnya untuk menghadapi sebarang kecemasan dan kebakaran sepanjang musim perayaan Aidilfitri. Ketua Pengarah JBPM Datuk Abdul Wahab Mat Yasin berkata pembekuan cuti itu melibatkan 10,174 keanggotaan dan berkuat kuasa mulai hari ini hingga 30 April.…
-
Angin kencang, hujan lebat punca pokok tumbang di Kuala Kangsar
HUJAN lebat berterusan dan angin kencang menyebabkan berlaku insiden pokok tumbang di Kampung Kandang Hilir, di Kuala Kangsar, petang semalam. Menurut Komander Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Syed Azrul Hizam, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian tersebut pada jam 6.56 petang. Katanya lagi, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Malaysia (BBP) Kuala Kangsar…