Angin kencang, hujan lebat punca pokok tumbang di Kuala Kangsar

0
131

HUJAN lebat berterusan dan angin kencang menyebabkan berlaku insiden pokok tumbang di Kampung Kandang Hilir, di Kuala Kangsar, petang semalam.

Menurut Komander Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Syed Azrul Hizam, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian tersebut pada jam 6.56 petang.

Katanya lagi, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Malaysia (BBP) Kuala Kangsar digerakkan ke lokasi bagi khidmat khas memotong pokok tumbang yang merintangi jalan.

“Pokok tumbang itu disebabkan angin kencang dan hujan lebat yang berlaku petang semalam.

“Anggota bomba membantu memotong pokok yang menghalang lalu lintas berhampiran sebuah kilang minyak di sini,” katanya dalam kenyataan hari ini, lapor Astro AWANI.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here