Anwar umum Majlis Pemulihan Negara dibubarkan

0
227

PENUBUHAN Majlis Pemulihan Negara (MPN) dibatalkan kerana timbul pertindihan fungsi dan jawatan, kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

“Itu (MPN) juga satu pertindihan juga, jawatan yang diletakkan untuk memenuhi keperluan ketika itu,” katanya pada sidang akhbar di Perdana Putra, Putrajaya harini.

MPN ditubuhkan pada 21 Jul 2021 selepas mendapat persetujuan dalam Mesyuarat Jemaah Menteri melalui Memorandum Jemaah Menteri kepada Kementerian Kewangan, kata menteri kewangan ketika itu, Datuk Seri Tengku Zafrul Aziz.

Beliau berkata, MPN yang dipengerusikan bekas perdana menteri, Muhyiddin Yassin, tidak mempunyai kuasa eksekutif dan hanya bertindak sebagai badan penasihat kepada kerajaan semata-mata.

Sementara itu, Anwar juga sedang meneliti untuk membubarkan Pusat Governans, Integriti dan Anti-Rasuah Nasional (GIACC) memandangkan ada banyak badan seumpamanya, selain ada pertindihan bidang kuasa.

“Apa yang penting pusat GIACC ini prinsipnya itu diterima, tapi tidak boleh terlalu banyak seperti mana saya lakukan dengan ketua setiausaha negara (KSN), malah tugas perdana menteri juga malah banyak yang telah saya lepaskan supaya dipertanggungjawab kepada timbalan perdana menteri,” ujarnya, lapor FMT.

Katanya, bagaimanapun mana-mana agensi kerajaan yang boleh digabungkan akan digabungkan sebagai mengelak pertindihan peranan.

MPN sebelum ini ditubuhkan sewaktu negara berdepan pemulihan ekonomi negara pasca COVID-19.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here