Kit Siang hasut isu perkauman berasaskan agama – Tarmizi

0
228

AHLI Parlimen Sik, Ustaz Ahmad Tarmizi Sulaiman menyifatkan kenyataan Lim Kit Siang bahawa langkah perlu diambil bagi memastikan Malaysia tidak menjadi negara Islam dalam dua kali lagi pilihan raya sebagai tidak bertanggungjawab dan merupakan hasutan bagi membangkitkan isu perkauman berasaskan agama.

Menurutnya, kenyataan yang bersifat provokatif dan ekstrimis oleh ahli politik veteran DAP itu perlu disiasat oleh pihak berkuasa.

“Beliau telah menyebutkan langkah-langkah perlu diambil bagi memastikan Malaysia tidak menjadi negara Islam sepenuhnya dalam dua kali lagi pilihan raya, yang dianggarkannya pada 2032, sepuluh tahun dari sekarang”.

“Ia adalah suatu tuduhan berat berniat jahat, hasutan bagi membangkitkan isu perkauman berasaskan agama dan ia perlu disiasat oleh pihak berkuasa.

“Perkara ini jelas menunjukkan beliau seorang yang tidak memahami Perlembagaan Persekutuan Malaysia yang menggariskan Islam sebagai agama rasmi persekutuan, bahkan menjadi ejen penyuntik Islamofobia di kalangan masyarakat majmuk di Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan, lapor MalaysiaKini.

Lim Kit Siang

Pada 9 Disember lalu, Lim Kit Siang berkata kerajaan harus melaksanakan dasar-dasar reformasi dan program pembinaan semula negara bagi mencegah Malaysia tenggelam dalam “gelombang hijau” PAS.

Kata Lim, kerajaan harus mengambil pelajaran daripada pilihan raya umum ke-15 bagi mengelakkan demokrasi dirampas oleh politik “pembohongan, ketakutan, kebencian, perkauman dan agama”.

Katanya langkah itu boleh memastikan Malaysia tidak menjadi negara Islam sepenuhnya dalam dua kali lagi pilihan raya, yang dianggarkannya pada 2032, iaitu sepuluh tahun dari sekarang.

Dalam pada itu, Ahmad Tarmizi berkata PN enggan membentuk kerajaan perpaduan bukan kerana membantah cadangan Yang di-Pertuan Agong seperti dinyatakan PH dan BN, tetapi enggan berkrompromi dengan kluster mahkamah yang disifatkan seperti “enau dalam belukar dan “melepaskan pucuk masing-masing”.

“Kemenangan besar Perikatan Nasional dalam merampas kerusi Parlimen Padang Serai daripada PH dengan majoriti lebih 16,260 telah menterjemahkan penolakan dan kemarahan rakyat terhadap kerajaan gabungan PH-BN yang tidak telus, bahkan sanggup berkompromi sehinggakan terpaksa melantik kluster mahkamah menjawat jawatan penting dalam kabinet demi kelangsungan kuasa mereka,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here