Pasangan suami isteri, bayi maut kemalangan di Sitiawan

0
340

TIGA beranak maut manakala dua lagi cedera akibat kemalangan jalan raya di Jambatan Tengku Permaisuri Bainun, Sitiawan, Seri Manjung, Perak malam tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sitiawan, Penolong Kanan Penguasa Bomba, Mohd Azizi Zakaria, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 11.13 malam tadi.

Beliau berkata, sebaik tiba di lokasi, bomba mendapati kemalangan membabitkan sebuah kereta dan kenderaan utiliti sukan (SUV).

Katanya, mangsa adalah suami isteri, masing-masing berusia 33 dan 32 tahun dalam keadaan tersepit manakala seorang bayi berusia dua tahun, dipercayai anak pasangan terbabit tercampak keluar dari kenderaan sama.

“Pihak bomba mengeluarkan mangsa yang tersepit dengan menggunakan peralatan menyelamat khas.

“Ketiga-tiga mangsa disahkan maut di tempat kejadian oleh pihak Kementerian Kesihatan (KKM).

“Dua lagi mangsa yang cedera (dari SUV berkenaan) diserahkan kepada pihak KKM untuk rawatan lanjut.

“Punca kemalangan masih dalam siasatan kerana tiada saksi di tempat kejadian, namun pihak kami percaya kedua-dua kereta bertembung,” katanya, lapor BH Online.

Mengulas lanjut, kemalangan turut mengakibatkan SUV terbakar 80 peratus. Kebakaran berjaya dikawal pada jam 11.35 malam dan padam sepenuhnya pada jam 11.45 malam.

Operasi tamat sepenuhnya pada jam 1.32 pagi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here