Rakyat sendiri akan hukum ‘politikus’

0
197

PERJUANGAN pemimpin Melayu terdahulu seperti Allahyarham Tun Abdul Razak Husein Allahyarham Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj, Allahyarham Tun Hussein Onn dan lain-lain menjadi sia-sia akibat kerakusan kuasa.

Ketua Penerangan Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Mohd Ashraf Mustaqim Badrul Munir berkata, rakyat sendiri akan menilai orang politik digelar ‘politikus’ yang hanya mementingkan kuasa dan sanggup menggadaikan prinsip demi menyelamatkan diri.

“Boleh nilai sendiri sifat kemunafikan BN-PH. Sanggup gadaikan prinsip menarik balik perakuan bersumpah (SD) dan memilih bersama perasuah. UMNO akan terima akibat hasil pengkhianatan mereka kepada bangsa Melayu.

“Perjuangan PH-BN kini tidak lagi demi orang Melayu,tetapi hanya untuk mendapat kuasa serta menjaga ‘tengkuk’ masing-masing sehingga sanggup mengkhianati orang Melayu. Datuk Seri Zahid Hamidi sendiri sanggup gadaikan prinsip kerana mahu menyelamatkan diri daripada kes-kes mahkamah beliau.

“Sebab itu kami keluar daripada PH kerana prinsip mereka bertentangan dengan prinsip kami. Kami pegang kepada konsep Fiqh Aulawiyat iaitu suatu kefahaman yang membolehkan kita menilai setiap tindakn dan perbuatan dengan harganya yang berpatutan berdasarkan pertimbangan syarak, tanpa kita mengurangkan atau melebihkan dalam membuat penilaian,” katanya ketika dihubungi SatuBerita hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Presiden UMNO,Datuk Seri Zahid Hamidi yang menyatakan pendirian tolak PKR, DAP, Bersatu’ untuk sebelum PRU-15, bukan selepas.

Dalam pada itu, Ketua Dewan Pemuda PAS Johor, Ahmad Nawfal Mahfodz berkata, Ahmad Zahid perlu membawa prinsip yang jelas.

“No DAP,no Anwar,no Bersatu. Tetapi akhirnya sudah jelas beliau membuka pekung sendiri. Kita pernah bekerjasam dalam kerajaan. Tapi kenapa beliau memilih PH dan bukan Bersatu.

“Ini kerana beliau takut semua kes mahkamah akan berjalan seperti biasa selepas permohonanya meminta tolong kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk menggugurkan kes tidak diikuti kerana Perikatan Nasional (PN) sendiri mengamalkan prinsip bersih dan integriti,” katanya.

Tambahnya, hidup sebagai ahli politik adalah membawa misi rakyat dan negara. Slogan Barisan Nasional (BN) sendiri tawarkan kemakmuran dan kestabilan.

“Kestabilan ada pada slogan PN. Kalau betul nak stabil pilih parti yang ada kesamaan bukan yang bertentangan dengan prinsip. Kerajaan hari ini tidak bawa kestabilan kepada rakyat. Kerajaan hari ini adalah yang fikir pasal jawatan,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here