GPS kekal sokong Muhyiddin sebagai PM

0
226

GABUNGAN Parti Sarawak (GPS) kekal dengan pendiriannya untuk membentuk kerajaan dan akan terus menyokong Pengerusi Perikatan Nasional Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri, menurut laporan.

Sin Chew Daily memetik DatukSeri Fadillah Yusof sebagai berkata, GPS juga telah menyerahkan akuan berkanun (SD) kepada Yang di-Pertuan Agong menyatakan sokongan Ahli Parlimen terhadap Muhyiddin untuk menjadi perdana menteri.

Fadillah, naib presiden kanan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), mengetuai delegasi pemimpin GPS di Istana Negara pagi ini.

Beliau mengesahkan hanya empat pemimpin gabungan menghadap Agong, termasuk Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, Datuk Seri Richard Riot Jaem dan Datuk Seri Tiong King Sing, selain dirinya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here