Tag: PBB

  • PBB kutuk Israel bunuh kanak-kanak Palestin

    PBB kutuk Israel bunuh kanak-kanak Palestin

    PENYELARAS Khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Proses Keamanan Asia Barat pada Isnin mengutuk pembunuhan seorang kanak-kanak Palestin oleh tentera Israel. “Saya mengutuk dan amat sedih dengan kematian seorang budak lelaki Palestin berusia 2 tahun, yang cedera parah akibat tembakan pasukan keselamatan Israel di Al-Nabi Saleh,” lapor Agensi Anadolu memetik Tor Wennesland di Twitter. Beliau berkata…

  • Hukuman penjara Suu Kyi ditambah 7 tahun lagi

    Hukuman penjara Suu Kyi ditambah 7 tahun lagi

    MAHKAMAH junta Myanmar di Naypidaw, Myanmar, hari ini menjatuhkan hukuman penjara tujuh tahun terhadap pejuang demokrasi Aung San Suu Kyi, atas lima pertuduhan rasuah. Keputusan itu sekali gus menamatkan perbicaraan selama 18 bulan ke atas pemenang anugerah Nobel itu berusia 77 tahun itu. Keputusan mahkamah ini menambah tujuh lagi tahun ke atas hukuman penjara asal…

  • GPS kekal sokong Muhyiddin sebagai PM

    GPS kekal sokong Muhyiddin sebagai PM

    GABUNGAN Parti Sarawak (GPS) kekal dengan pendiriannya untuk membentuk kerajaan dan akan terus menyokong Pengerusi Perikatan Nasional Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri, menurut laporan. Sin Chew Daily memetik DatukSeri Fadillah Yusof sebagai berkata, GPS juga telah menyerahkan akuan berkanun (SD) kepada Yang di-Pertuan Agong menyatakan sokongan Ahli Parlimen terhadap Muhyiddin untuk menjadi perdana…

  • Wujud pencabulan hak asasi manusia etnik Uighur – PBB

    Wujud pencabulan hak asasi manusia etnik Uighur – PBB

    PERTUBUHAN Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mendakwa berlaku pencabulan serius terhadap hak asasi manusia membabitkan etnik Uighur dan kumpulan lain yang kebanyakannya Muslim di wilayah Xinjiang, China. Badan dunia itu yang mengeluarkan laporan semalam menerusi Pejabat Pesuruhjaya Tinggi Hak Asasi Manusia (OHCHR) mendakwa China telah memusnahkan pelbagai tapak etnik Islam Uighur di Xinjiang, daripada masjid hingga kubur…

  • PBB bukan lagi parti kampung – Abang Johari

    PBB bukan lagi parti kampung – Abang Johari

    PARTI Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) telah berjaya mengatur langkahnya dalam membawa Sarawak ke era pembangunan yang seiring dengan perkembangan semasa dunia. Presidennya Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata parti itu kini tidak lagi terhad kemampuannya dalam memperjuangkan isu tempatan negeri tetapi sedang memacu potensi baharu yang boleh meningkatkan nama Sarawak di peringkat antarabangsa. “PBB bukan lagi…

  • Konflik Rusia-Ukraine boleh sebabkan 11-19 juta penduduk dunia alami kelaparan

    Konflik Rusia-Ukraine boleh sebabkan 11-19 juta penduduk dunia alami kelaparan

    PERANG di Ukraine memberi kesan ketara kepada pasaran makanan global dan boleh menyebabkan tambahan 11 hingga 19 juta orang mengalami kelaparan kronik, Pertubuhan Makanan dan Pertanian (FAO) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memberi amaran pada Jumaat, lapor Xinhua. Jurucakap FAO Boubaker Ben Belhassen dalam satu taklimat media di sini berkata kedua-dua negara yang terlibat dalam konflik…

  • FAO ramal krisis makanan global berlarutan hingga tahun depan

    FAO ramal krisis makanan global berlarutan hingga tahun depan

    KRISIS makanan global yang dicetuskan konflik berterusan Rusia-Ukraine dijangka berterusan sehingga tahun depan. Memetik laporan Astro AWANI, Pertubuhan Makanan dan Pertanian PBB, FAO meramalkan keadaan ini tidak mustahil berlaku jika dua negara pengeksport utama itu mengurangkan bekalan benih dan baja. Agensi PBB dalam laporan terbaharu mendedahkan harga makanan dunia susut pada Mei selepas mencatat lonjakan…

  • Republic Czech dipilih ganti Rusia sebagai anggota Majlis Hak Asasi Manusia

    Republic Czech dipilih ganti Rusia sebagai anggota Majlis Hak Asasi Manusia

    PERHIMPUNAN Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Selasa memilih Republik Czech menganggotai Majlis Hak Asasi Manusia untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Rusia, yang digantung keahliannya, lapor Xinhua. Perhimpunan Agung pada 7 April menerima pakai resolusi untuk menggantung keahlian Rusia dalam Majlis Hak Asasi Manusia yang berpangkalan di Geneva selepas Rusia melancarkan “operasi ketenteraan khas”…

  • Dr Annuar umum pertahan jawatan Naib Presiden PBB

    Dr Annuar umum pertahan jawatan Naib Presiden PBB

    NAIB Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Dr Annuar Rapaee akan bertanding mempertahankan jawatannya pada Konvensyen PBB Sarawak, Jun depan. Dr Annuar yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nangka membuat pengumuman tersebut pada mesyuarat agung tiga tahun sekali PBB Cawangan Nangka, hari ini. Selain itu, selaku ADUN Nangka beliau secara automatik memegang jawatan pengerusi di kawasan itu mengikut…

  • Maimunah Mohd Sharif dilantik semula terajui PBB – Habibat

    Maimunah Mohd Sharif dilantik semula terajui PBB – Habibat

    DATUK Maimunah Mohd Sharif dari Malaysia dipilih semula oleh Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sebagai Pengarah Eksekutif Program Penempatan Manusia PBB (PBB-Habitat) untuk tempoh dua tahun, lapor Xinhua. Tempoh perkhidmatan beliau untuk penggal empat tahun awalnya berakhir pada Rabu. Penggal dua tahun baharunya bermula pada 20 Januari 2022 dan berakhir pada 19 Januari 2024. Perhimpunan Agung…