Dr Annuar umum pertahan jawatan Naib Presiden PBB

0
279

NAIB Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Dr Annuar Rapaee akan bertanding mempertahankan jawatannya pada Konvensyen PBB Sarawak, Jun depan.

Dr Annuar yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nangka membuat pengumuman tersebut pada mesyuarat agung tiga tahun sekali PBB Cawangan Nangka, hari ini.

Selain itu, selaku ADUN Nangka beliau secara automatik memegang jawatan pengerusi di kawasan itu mengikut Perlembagaan parti.

Sebelum ini, beliau yang juga Timbalan Menteri Pendidikan, Innovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak telah memenangi jawatan Naib Presiden di Konvensyen PBB Sarawak pada 2018 dengan mendapat 764 undi.

“Saya akan bertanding mempertahankan jawatan Naib Presiden yang saya sandang sejak 2018. Saya tidak akan bertanding jawatan lain,” katanya.

— BERNAMA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here