Muhyiddin tiba di Istana Negara

0
197

KENDERAAN membawa Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin memasuki Istana Negara sekitar jam 4.08 minit petang tadi.

Terdahulu, dua kenderaan dipercayai membawa Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Mohd Zuki Ali dan Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun, turut dilihat memasuki pintu dua Istana Negara, petang ini.

Muhyiddin dijangka menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, berkaitan isu pelantikan Perdana Menteri ke-10.

Sementara itu, difahamkan pasukan produksi Radio Televisyen Malaysia (RTM) sudah berada dalam Istana Negara. Pasukan itu diminta untuk bersiap sedia bagi membuat liputan, namun setakat ini masih belum mendapat ‘lampu hijau’ untuk berbuat demikian.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here