Agong titah Muhyiddin, Anwar menghadap petang ini

0
161

YANG di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah menitah perkenan untuk ketua-ketua gabungan Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN) menghadap pada jam 4.30 petang Selasa di Istana Negara.

Ia susulan tiada ahli Dewan Rakyat yang mendapat kepercayaan majoriti mudah untuk dilantik sebagai Perdana Menteri.

“Setelah dipersembahkan hasil pengesahan calon-calon PM, adalah didapati bahawa tiada ahli Dewan Rakyat yang mendapat kepercayaan majoriti mudah untuk dilantik sebagai PM seperti yang diperuntukkan Perkara yang tersebut di atas,” kata Istana Negara menerusi satu kenyataan pada Selasa.

Dalam pada itu, Sultan Abdullah menyeru dan menasihati seluruh rakyat bersabar dan bertenang sehingga proses pembentukan kerajaan baharu dan pencalonan PM ke-10 selesai.

“Seri Paduka Baginda mengajak rakyat bersama mendoakan agar negara dan rakyat sentiasa dirahmati, diberkati dan dilindungi daripada sebarang bentuk bencana dan musibah,” katanya.

Sebelum ini ketika ditemui media, Sultan Abdullah berkata, baginda tidak dapat mendedahkan apa-apa kerana “belum melihat apa-apa lagi”.

Ini berlaku selepas Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mendedahkan Barisan Nasional (BN) tidak akan menyokong PH atau PN untuk membentuk kerajaan dan kekal sebagai pembangkang.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here