Kerajaan baharu ‘confirm’ tanpa PH – Ahmad Fadhli

0
180

KETUA Pemuda Perikatan Nasional (PN), Ahmad Fadhli Shaari mengesahkan perbincangan untuk membentuk kerajaan oleh gabungan itu tidak melibatkan Pakatan Harapan (PH).

Beliau berkata, ketika ini perbincangan masih lagi berjalan, namun ia hampir selesai.

“Kita (saya) tidak boleh hendak ulas lanjut kerana perbincangan sedang berlangsung.

“Kita sedia dengan pelbagai kemungkinan (tetapi) yang confirm (pasti) tidak libatkan PH,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di luar kediaman Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Bukit Damansara, pada Ahad, lapor Sinar Harian.

Kediaman Muhyiddin di Bukit Damansara menjadi tumpuan media sejak tengah hari Ahad.

Ia bagi menantikan perkembangan pembentukan kerajaan baharu yang masih lagi tergantung.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here