[TIDAK RASMI] Muhyiddin selesa mendahului di Pagoh

0
211

CALON Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin selesa mendahului carta undian di Parlimen Pagoh meninggalkan dua calon yang lain dengan 20,277 undi setakat jam 9.52 malam.

Beliau yang juga merupakan Pengerusi PN itu diikuti oleh calon Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Razali Ibrahim yang meraih undi sebanyak 11,367 manakala calon Pakatan Harapan (PH), Iskandar Shah Abd Rahman sebanyak 10,974 undi.

Sebelum ini pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), Muhyiddin mempertahankan kerusi Parlimen Pagoh dengan majoriti 6,927 undi.–SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here