Polis tutup, lencong laluan berhampiran Istana Negara bermula 7 malam ini

0
201

POLIS menutup dan melencongkan beberapa laluan berhampiran Istana Negara di Kuala Lumpur, bermula 7 malam ini hingga diberitahu kelak, kata Ketua Polis Daerah Brickfields ACP Amihizam Abdul Shukor.

Beliau berkata lencongan jalan dilaksanakan di Jalan Tuanku Abdul Halim (Jalan Duta) dari Kuala Lumpur menghala keluar ibu negara (Plaza Tol Duta) dan penutupan jalan dari susur masuk dari Pusat Bandaraya; susur masuk Jalan Tuanku Abdul Halim ke Jalan Semantan; Jalan Semantan ke Jalan Tuanku Abdul Halim dan susur masuk dari Jalan Semantan ke Jalan Changkat Semantan.

“Penutupan dan lencongan ini bertujuan untuk kelancaran proses Pasca-Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) dan pengguna jalan raya sekitar Kuala Lumpur dinasihatkan merancang semula perjalanan bagi mengelakkan sebarang kesulitan atau tersangkut dalam lencongan berikutan penutupan jalan.

“Pengguna jalan raya juga diminta mematuhi segala arahan daripada pihak polis bagi mengelakkan sebarang insiden tidak diingini,” katanya dalam kenyataan hari ini. - Bernama

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here