Anwar tidak boleh mendabik dada kata dia dapat sokongan besar – Muhyiddin

0
195

PENGERUSI Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak boleh mendabik dada mendakwa Pakatan Harapan (PH) mendapat sokongan yang besar.

Bekas perdana menteri itu berkata, yang lebih penting adalah menyerahkan kepada pengundi untuk membuat pertimbangan bijaksana di hari mengundi bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) nanti.

“Takpelah, dalam keadaan sekarang dia boleh kata begitu, tapi kita ada 5 hari lagi. Dia tak boleh mendabik dada kata dia dapat sokongan besar. 

“Saya pun boleh kata begitu. Tapi yang penting kita nak serahkan kepada pengundi membuat pertimbangan bijaksana,” katanya ketika ditemui pemberita di Himpunan Rakyat PN Best di Taman Keramat, Kuala Lumpur, pada Isnin.

Beliau mengulas kenyataan Pengerusi PH itu yang mendakwa gabungan parti diketuainya bakal memenangi 112 kerusi untuk mendapat majoriti mudah dan membentuk kerajaan Persekutuan selepas PRU-15.

Presiden BERSATU itu juga mendakwa, kepimpinan PH hanya mementingkan jawatan, namun beliau lebih memikirkan perkhidmatan yang mampu ditawarkan kepada rakyat setelah membentuk kerajaan.

“Saya dah jelaskan, apa yang kita tawarkan dan perjuangkan. Yang belah sana (PH) tidak sebut apa pun, bagi dia tidak penting, bagi dia jawatan sahaja.

“Bagi saya bukan jawatan tetapi perkhidmatan yang kita boleh tawarkan kepada negara, untuk balik dalam keadaan yang lebih baik,” tegasnya. – SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here