PRU-15: Azmin mahu teruskan usaha jadikan Gombak daerah sejahtera

0
172

CALON Perikatan Nasional (PN) P.098 Gombak, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali tekad mahu meneruskan usahanya selama tiga penggal untuk menjadikan Gombak daerah yang maju dan selamat untuk didiami.

Jelasnya, selain membangunkan infrastruktur dan prasarana yang menjana ekonomi, keamanan dan keselamatan rakyat Gombak akan terus menjadi keutamaannya.

“Saya mahu Gombak ini bukan sahaja menjadi sebuah daerah yang pesat membangun tetapi Gombak mesti dibangunkan sebagai sebuah ‘liveable city’.

“Saya bersyukur ketika diberi tugas sebagai Menteri Besar dahulu dan saya juga sebagai Ahli Parlimen Gombak, saya mendapat kerjasama yang cukup baik daripada pengurusan dan pentadbiran pihak berkuasa tempatan,” katanya

Bercakap dalam program Agenda AWANI khas Malaysia Memilih pada Selasa, beliau memberitahu dua PBT terlibat iaitu kerjasama Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) dan Majlis Perbandaran Selayang (MPS) telah melancarkan kerja-kerja untuk memastikan kesejahteraan rakyat Gombak dijaga.

Sistem perparitan, penggantian paip-paip bocor di taman-taman perumahan, pemasangan kamera litar tertutup (CCTV) serta pembinaan pondok-pondok keselamatan adalah antara perkara yang katanya telah dilaksanakan dan akan terus diberi perhatian.

“Kesemuanya bertujuan untuk mengimbangi antara pembangunan prasarana dan infrasturktur dengan kesejahteraan rakyat.

“Ini penting kerana saya mahu rakyat Gombak rasa selamat mendiami Gombak, rakyat dapat kesejahteraan berada di Gombak, rakyat mendapat pekerjaan berkualiti di Gombak dan mereka tak perlu berhijrah jauh dari sini.

“Ini semua perkara yang telah menjadi asas yang telah kita bina selama ini dan saya akan teruskan inisiatif dan usaha ini demi kesejahteraan rakyat Gombak, insyaAllah,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here