Muhyiddin sangkal BERSATU pergunakan PAS

0
210

PRESIDEN BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyangkal dakwaan parti itu mengambil kesempatan dan memperalatkan PAS dalam Perikatan Nasional (PN) bagi meraih undi pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Sebaliknya, Muhyiddin yang juga Pengerusi PN berkata, gerak kerja PN dibuat secara berpasukan, membabitkan semua parti komponen, selain menegaskan tiada pihak yang mendominasi gabungan itu.

Beliau berkata, kerjasama gabungan itu antara lain menterjemahkan kesatuan dan perpaduan agak jitu dan kukuh antara parti komponen serta memberikan impak besar kepada landskap politik negara.

“Kita memang bekerjasama, bukan guna jentera dan di bawah satu bumbung PN. Gabungan ini sudah mula bekerja sebagai pasukan, selain kita pergi ke markas PN, bukannya PAS atau BERSATU.

“Di sesetengah tempat di utara Semenanjung, memang PAS sudah lama tertubuh tetapi di selatan dan beberapa negeri lain, mereka kurang (pengaruh) namun kita (BERSATU) lebih (sokongan) dan saling membantu sememangnya cara kita.

“Saya fikir Perdana Menteri sudah tak begitu prihatin dengan situasi dan kedudukan sebenar. Ini urusan kami, kamu elok tengok urusan kamu dalam Barisan Nasional (BN) yang bercelaru dan pelbagai hal timbul,” katanya di sini hari ini lapor BH.

Beliau mengulas kenyataan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berhubung BERSATU lebih dominan dalam PN selain hanya memperalatkan PAS dalam gabungan itu demi kepentingan parti berkenaan pada PRU-15.

Semalam, Ismail Sabri dilaporkan berkata, penyokong PAS tidak belajar daripada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor, selain perlu sedar taktik licik BERSATU itu dan menyeru undi diberikan kepada BN jika tiada calon parti itu dipilih di kawasan ditandingi PN.

Berita lanjut menyusul

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here